 Inilah dia tempat singgahsanaKu. Namaku Non dan zodiacku Leo maka terjadilah blog ini. Keturunanku dari sebelah bapa (jawa tengah) dan ibu (pekan nenas) maka Malindolah asalku. Umurku? em.....lewat 30an. Boleh tahanlah. Ramai kata aku look like early 20. Suamiku namanya Yahajji. Handsome lagi ganteng. Senyuman yang berkumis dialah yang membuat aku tergila-gila untuk bersuamikannya. Anak-anak - 5 orang semuanya. Muhd Helmi / Muhd Yusuf / Muhd Danish (3 hero) dan Nur'Amirah / Nur Dayana (2 heroin). Semuanya cantik2 macam aku dan Yahajji. Profession.....mengajar (duniawi dan ukhrawi) Kegemaranku macam2 itu nak! inipun nak! dan yang paling penting aku suka berangan menjadi orang yang dikenali sebagai 'membuka hati mereka untuk kembali ke jalan Allah' Hendak tahu peristiwa pahitku? Aku melamar suamiku dahulu. Asyik kena ejek seperti perigi mencari timba. Kalau ada pahit mesti ada manisnya! sekarang aku merasa bangga dapat mencontohi Siti Khadijah r.a. yang melamar Nabi Muhammad s.a.w. Makanan yang paling aku sukai MEE SIAM KUAH Ucapan kepada semua yang ingin mengenali diriku "May all your wish come true"
|
|
|
 |
|
Jan 9, 2006
Assalamualaikum wr.wb. Selamat Hari Raya Haji semua?
Tiga bulan lamanya tidak memberi berita, mungkin disana semua tertanya-tanya dimana Nonleo yang disayangi? Kepada yang merindui tidak henti-henti bertanya melalui SMS 'updatelah....'.
Apa sekalipun Nonleo nak bukukan pengalaman pertama selaku pengacara majlis tilawah alquran di bedok pada 18/12/2005. Seram sejuk dibuatnya, maklumlah tak prepare. Pada hari itu Nonleo akan mengucapkan ribuan terima kasih kepada qari dan qariah kerana sumbangan ikhlas mereka memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Alquran dan sesudah itu mentafsirkan ayat2 yang telah dibacakan tadi.
Apabila teringat peristiwa membaca tafsir dikhalayak ramai.. huh! berpeluh-peluh dibuatnya sebab tersasul-sasul. Padahal script ada didepan mata, tak sama yu...baca sorang-sorang. he..he..he..
Pada hari Sabtu 7/1/06, sekali lagi Nonleo diberi kepercayaan untuk mengacarakan majlis tilawah Alquran buat kali kedua. Kali ini Nonleo tukar konsep iaitu memperdengarkan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan kelebihan, pahala seseorang apabila membaca Alquran.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa syukurnya Nonleo deberi peluang menyampaikan hadis Nabi di khalayak ramai. Nonleo berharap dapat share hadis pilihan kali ini.
Pertama - dari Abu Zar r.a. berkata bahawa beliau meminta Rasullah s.a.w. memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasullah s.a.w. bersabda : "Semaikanlah perasaan takwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan yang baik". Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Kata baginda s.a.w. : "Tetapkanlah membaca Alquran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat."
Kedua - Membaca Alquran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Alquran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca alquran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib. Hadis Rasullah s.a.w. bersabda : "Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-quranul karim.'
Ketiga - Membaca al-quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang islam. Hadis Rasullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya Alquran ini adalah hidangan Allah s.w.t., maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh."
Keempat - Pahala tiap-tiap huruf Alquran dijelaskan dalam sebuah hadis dari Ibn Mas'ud r.a. dari Rasullah s.a.w. telah bersabda : "Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."
Kelima - Dari Abu Hurairah r.a. katanya, telah berkata Rasullah s.a.w. : "Sesiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Alquran, ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat."
Keenam - Dari Muaz Al-Juhani telah berkata, telah bersabda Rasullah s.a.w. : "Sesiapa yang membaca Alquran dan diamalkan apa yang terkandung didalamnya, ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada didalam rumah-rumahnya didinia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya."
Ketujuh - Dari Sa'id Salim secara musal telah berkata, telah berkata Rasullah s.a.w. : "Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan al-quran bukan nabi dan bukan malaikat dan sebagainya."
Akhir sekali dialog diantara Allah dan malaikat-malaikatnya mengenai majlis zikrullah yang akan Nonleo bukukan di lain kesempatan InsyaAllah.
Posted at 01:23 pm by nonleo
Permalink
Oct 14, 2005
KELAS MENGAJI NONLEO - UCAPAN-UCAPAN DARI SRIKANDI DI MAJLIS TAHLIL
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH.
Tidak sah rasanya kalau ucapan anak murid semua tidak dibukukan di seluruh dunia. Sekiranya ada ucapan yang tertinggal harap email Nonleo.
"Doa memberikan kekuatan kepada orang yang lemah. Membuat orang yang tidak percaya menjadi percaya dan memberi keberanian kepada orang yang ketakutan."
(Rafidah bte Ahmad)
"Orang-orang yang bertawakal, rezeki mereka berjalan diatas tangan hamba-hamba Allah."
(Salawaty bte Buzari)
"Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan dengan kesabaran dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar."
(Mdm Jamaliah bte Tulus)
"Jauhilah olehmu sekalian akan sikap yang berlebih-lebihan (dalam beragama)."
(Kalsom bte Hamid)
"Semua amal tergantung kepada niatnya dan setiap orang akan mendapat balasan sesuai dengan niatnya."
(Maimunah bte Kasim)
"Dalam diri manuasia itu ada segumpal darah yang apabila baik, maka baik seluruhnya, tetapi apabila buruk maka buruklah seluruhnya, itulah qalbu. Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh kamu dan tidak pula kepada rupa kamu, tetapi Allah memandang kepada Qalbu kamu."
(Manisah bte Salleh)
"Ketahuilah bahawasanya dalam kumpulan orang ada haiwan. Tetapi dalam kumpulan manusia ada iman. Dari itu marilah kita ke kumpulan manusia, agar menjadi insan yang ehsan dan beriman."
(Hjh Marhoma bte Tarbi)
"Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."
(Norlina bte Sulaiman)
"Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai penolong kepada pembacanya."
(Shakila bte Jailany)
"Setiap yang bernyawa pasti akan mengalami kematian. Pada hari kiamat sesungguhnya Kami sempurnakan pahala mereka. Siapapun yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan kehidupan dunia tidak lebih dari kesengan yang memperdaya."
(Hjh Salina bte Mohamed Hassan)
WABILLAH HI TAUFIQ WAL HIDAYAH ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI WABARAKATUH.
Posted at 10:42 am by nonleo
Permalink
Oct 2, 2005
KELAS MENGAJI NONLEO - SYUKRAN JAZILAN MAJLIS BERJALAN DENGAN BAIK
ASSALAMUALAIKUM WR WB. Bertemu kita sekali lagi di ruangan ingin tahu dan ambil tahu. Apakhabar ibu-ibu dan anak-anak semua?
Serba ringkas sorotan majlis Yasin dan tahlil pada Jumaat lalu sangat baik. Syukur Alhamdulillah.......Walaupun pertama kali diadakan, nampaknya mereka seronok terutama sekali pengacara pada malam itu Puan Salina Mohd Hassan (langsung tak makan nasi ambeng).
Ucapan ribuan terima kasih sekali lagi atas sokongan semua. Tiada perkataan selain dari 'SEGALA PUJIAN UNTUK ALLAH'.
Sekali lagi selamat menyambut Ramadan Rabu ini 5/10/2005 dan yang berpuasa jangan lupa baca Qur'an walaupun lima minit sehari.
Wassalam.
Posted at 11:38 pm by nonleo
Permalink
Sep 29, 2005
KELAS MENGAJI NONLEO - HAI....MAK PENGANTIN PUN TAK SESIBUK INI
Assalamualaikum kepada semua peminat Nonleo. Sudah bersedia nak baca Yasin beramai-ramai esok?
Alhamdulillah. Sambutan tahun ini sungguh memberangsangkan. Apakan tidak, dari pagi sampai saat ini, telephone dan handphone asyik berdering bertanya tentang besok.
Terutama sekali mereka yang memberi sumbangan berupa juadah dan minuman. Nonleo pun seronok 'order awak masak itu, awak masak ini'. Agaknya mereka pun sama-sama seronok.
Yang penting, semenjak seminggu ini mereka sudah berlatih membaca Yasin di kelas. Alhamdulillah... ada bakat dan tidak keko. Semalam hari terakhir borang dikembalikan.
MasyaAllah!!! bermacam juadah dan minuman sebagai sumbangan dari kalian.
Sudddenly.....Nonleo suggest nasi ambeng. Mereka pun say 'yes' dan mulalah kita bagi-bagikan kerja. Sebab itu hari ini sibuk tanya pasal daging masak rendang, ayam masak cili padi, sambal goreng bla..bla..bla..sampai kena sindir 'ini kenduri tahlil ke kenduri makan?'
Terlebih dahulu Nonleo ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang ikhlas menyediakan menu untuk nasi ambeng.
1. Datin Shariffah (Nasi putih/ikan bilis kacang/sambal sotong)
2. Salina (daun pisang/jelly/ice/minuman)
3. Juwita & Khairani & Hosniah (rendang daging)
4. Juminah Hasar & Ramlah & Juminah Ahmad & Nanny (ayam goreng/masak cili padi/merah)
5. Norida & Rosita (ikan goreng kentucky)
6. Suriani & Sarimah (sambal goreng pengantin/gelodok)
7. Juwita & Milah (bergedil)
8. Jaleha (sambal belacan power pakai giling)
9. Rahimah (serunding)
Sekali lagi diingatkan jadual esok
8.00 mlm - pengacara memulakan ucapan selamat datang
8.15 mlm - bacaan Yasin dan seterusnya doa tahlil
9.30 mlm - makan beramai-ramai dan ucapan-ucapan dari individu.
10.00 mlm - pengacara mengakhiri majlis
Sekiranya anda ada suggestion bolehlah e-mail di alamat nonleo@mail.com
Wassalam.
Posted at 11:15 pm by nonleo
Permalink
Sep 22, 2005
KELAS MENGAJI - PERSIAPAN MENJELANG MUSABAQAH PADA 25TH SEPTEMBER 2005
Assalamualaikum kepada semua peminat Nonleo. Pertama sekali Nonleo menjemput semua ibu dan bapa kanak-kanak yang masuk bertanding dalam Musabaqah Tilawah Al-Quran.
Semenjak tiga minggu ini Nonleo begitu penat sekali melatih budak-budak tu berlatih mengaji. Nak tahu kenapa? mereka ni semua first timer. Mana nak betulkan tajwid, suara dan lagu.
Semalam Nonleo hiasi pentas kecil dengan meletakkan microfon, rehal, penjaga masa, pengadil, juruacara dan penonton dari kalangan mereka sendiri agar tidak keko pada hari tilawah nanti. Geram jugak tengokkan budak-budak nie ketawa-ketawa, malu-malu sampai jam 10 malam.
Bila Nonleo teringat kembali peristiwa mula-mula sekali Nonleo naik pentas untuk berzanji, perasaan geram dengan fed-up pada budak-budak ni menjadi gelihati. Sekurang-kurangnya pada usia kurang dari 14 tahun mereka sudah berani bertilawah diatas pentas. Kalau Nonleo dulu masih main longkang.
Jangan lupa hari Ahad ini 25th September 2005 bertempat di Masjid Muhajirin (Braddell Road) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Diharap semua kanak-kanak berkumpul dirumah Nonleo pada jam 7.00 pagi.
Ucapan doa selamat dan syabas kepada kanak-kanak yang bertanding kali ini :-
Lelaki
1. Muhammad Helmi bin Hj Jamaludin
2. Muhammad Ruzaini bin Zainal
3. Muhammad Ruhaizad bin Zainal
4. Mohd Tashir bin Mansor
5. Irsyaduddin Asyraf bin Sazali
6. Muhammad Aidil bin Abdul Jais
Perempuan
1. Nur 'Amirah bte Hj Jamaludin
2. Nur Dayana bte Hj Jamaludin
3. Nurliyana Hanum bte Abu Shah
4. Nurul Irfany bte Sazali
5. Nurul Dayanah Aqilah bte Sazali
6. Nur Fatin bte Mohd Aripin
Semoga berjaya - MARHA! MARHA! MARHA!
Posted at 01:47 am by nonleo
Permalink
Sep 21, 2005
KELAS MENGAJI - MEREKA YANG BELUM MENGISI BORANG, HARAP ISIKAN MELALUI E-MAIL nonleo@mail.com
ASSALAMUALAIKUM
Kepada semua pelajar Nonleo
Harap maklum bahawa tiada kelas mengaji pada hari Jumaat 30hb September 2005. Ustazah akan mengadakan Majlis Tahlil / Menyambut Ramadan pada hari tersebut bermula jam 8.00 malam.
Semua pelajar harap hadir supaya majlis kali ini bertambah meriah dan barakah. Kepada mereka yang ingin memberi ucapan dari firman Allah, hadis nabi atau kata-kata hikmah harap isikan borang yang disediakan. Tidak ketinggalan nama dua orang arwah yang kita sayangi untuk disedekahkan.
Kami juga mengalu-alukan juadah dan minuman yang lazat-lazat dan menyelerakan sehingga "Mak mertua lalu dihadapan pun tidak sedar".
Untuk pengetahuan semua kelas mengaji akan terus beroperasi sepanjang bulan puasa. Cuti Hari Raya bermula 01 hingga 20 November 2005 (tiga minggu cukuplah!). Kelas mengaji akan dibuka semula pada 21 November 2005.
Sempena bulan Syaaban yang mulia ini, ustazah ingin mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya ada kesalahan dan kesilapan semasa mengajar. Jutaan terima kasih kepada semua kerana masih bersama ustazah hingga kini.
Maklum balas dari anda semua amatlah dihargai.
Wassalam
Ustazah Nonleo
-----------------------------------------------------------------------------------------
BORANG PENYERTAAN
Nama Pelajar :___________________________________________________
Kelas:__________________________________________________________
Tel no: _________________________________________________________
Alamat: ________________________________________________________
E-mail__________________________________________________________
Ucapan:________________________________________________________
_______________________________________________________________
Nama Almarhumah : _____________________________________________
Nama Almarhum : _______________________________________________
Sumbangan ikhlas : ______________________________________________
(juadah / minuman)
Sila ambil perhatian! semua borang hendaklah dipulangkan selewat-lewatnya pada 24th September 2005 tidak kira yang hadir atau tidak. Harap tulis dengan terang.
Posted at 01:09 am by nonleo
Permalink
Sep 5, 2005
KELAS MENGAJI - URUTAN PERISTIWA JULY/AUGUST 2005
Alhamdulillah dapat bertemu lagi diblog kesayangan anak murid Nonleo semua. Apa khabar....dah lama tak dengar berita terkini dari Nonleo. Secara ringkas Nonleo ceritakan apa yang telah berlaku.
Pertama : Nonleo cemburu setiap kali baca blog cinta diantara Bobooi dan Kuncup. Begitu juga dengan Cheeff tuduh sembarangan yang Nonleo asyik curi tengok dicelah tingkapnya untuk mengetahui resepi terbaru. Nonleo bukanlah pandai masak, kalau mee siam bolehlah!. Tidak lupa juga Masmerah tips macam mana nak langsingkan badan. Nonleo dah cuba...tetapi pasal kurangkan tidur tak boleh lah Mas. Ngantuk dibuatnya semasa mengajar. Ewah..ewah Kak Sab temujanji dengan blog lain tak offer Nonleo. Gambar background biasa nampak?
Kedua : Kelas Isnin Purnama bersepadu dengan kelas Selasa Berlian. Alahai...kesian Eera demam panas 40 degree sampai kena tahan oleh pihak hospital. Alhamdulillah Eera dah sembuh dan selamat berehat dirumah. Kepada Shida janganlah bersedih kerana adik tidak dapat kerja dan Shida terpaksa gantikan kerjanya. InsyaAllah kita jumpa minggu depan.
Ketiga : Tahniah Cik Juminah sudah mula bekerja. Rindu rasanya Nonleo hendak dengar suara cik yang merdu tu!. Ratu rock pula bagaimana? lama tak dengar berita! Hai....mana perginya Noridah Ariffin dan Rositah Ariffin? dah selesai ke tugas awak berdua di luar negeri. Jangan lupa balik nanti kita train lagu bayati dan hijaz. Musabaqah Tilawah Alquran akan diaadakan pada 25 September 2005, Ahad 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Keempat : Syabas kepada Aminah dari kelas Monday Blues dan Sarinah dari kelas Khamis petang kerana bakal dikurniakan anak. Untuk Sarina dan Asmah doa selamat Nonleo kirimkan kepada ayahanda Encik Ibrahim agar senantiasa sihat dan dirahmati Allah. Tidak ketinggalan cucuanda Hazrina dan Hazbiba.
Kelima : Jutaan terima kasih kepada Datin Sariah dan Datin Ummi Shariffah kerana hadir untuk meriahkan lagi majlis Tahlil untuk wanita yang pertama kali diadakan oleh Nonleo pada 26th August 2005, Jumaat jam 8.00 malam. Dan yang paling menyerlah lagi sokongan kuat dari Syakila dari kelas Khamis petang kerana memberi ucapan doa sebelum membaca Al-quran dalam bahasa melayu. Penyampaian yang menusuk kalbu.
Keenam : MasyaAllah!! Kelas mengaji kanak2 dan remaja begitu suppoting semasa berlatih membaca tahlil. Mereka berlumba-lumba membaca selama 1 jam tanpa berhenti bermula Al-fateha - 3 Qul - Alif Lam Mim - Ayat kursi - Amanah rasul - surah Yasin (ayat 1-83).
Ketujuh : Akhir sekali tidak ketinggalan kepada Cikgu Noraini Sadauna, Cikgu Ramlah Hassan dan Cikgu Cahaya Nirmala Ahmad 'Happy Teachers Day'
Kelapan : Syukur Alhamdulillah kepada Hjh Sri Sumantri, Hjh Arsanah dan Kak Kalsom kerana meneruskan pengajian walaupun sibuk menyambut kelahiran orang baru iaitu cucuanda kalian!
Kesembilan : Tahlil seterusnya pada 30 September 2005, Jumaat jam 8.00 malam. Mereka yang berkerja boleh ambil cuti supaya dapat hadir dan menambahkan kemeriahan majlis kali ini.
Kesepuluh : Kali ini sesia pa yang ingin membawa juadah dipersilakan. Jangan lupa Kak Ruhani dan Hjh Hajairah - 'Beryani Daging Unta Power Punya'. Shamsiah dan Asmah -'Salmon Fish Burger'. Narimah dan Rafidah - 'Yong Tau Fu'. Mazaliah, Waheeda dan Rafidah - Rojak Mamak'(jangan tak jadi). Kak Kamariah dan anaknya Wahida 'Roti croissant inti satay ayam'. Air pula.... kak Sarimah dan kak Khairani 'Root Beer / Ginger Beer' dan air kopi Mas Merah cap 434 ok!.
Eh..eh..eh......tiba-tiba Nonleo tersampuk nak makan makanan diatas. Minta maaflah semua! yang penting kita dapat terus beramal dan bersedekah kepada arwah-arwah yang kita sayangi.
Wassalam.
Posted at 01:57 am by nonleo
Permalink
Sep 4, 2005
KELAS MENGAJI - MAKAN TENGAHARI SEMPENA HARI ASATIZAH
Sodaqollahhulazim...Baiklah anak murid semua ada apa2 soalan sebelum kita makan lunch di Hajjah Maimunah Restaurant di Joo Chiat Complex?
'Ustazah ini hadiah dari Nuraimah'. MasyaAllah cantik beg tangan warna biru dan terima kasih Nonleo kepada Sarinah for the brooch.
'Ustazah kita ada surprise iaitu namecard special made, khas untuk ustazah!' sampuk Salina dan diikuti oleh Norlina (banyak sangat ina), kak Kalsom, kak Maimunah, Hazbibah, Rositah, dan Ayda. 'So..where is it?' dengan rasa ghairah Nonleo bertanya. Maklumlah surprise katakan.
'Actually it is in progress, Ina terlambat tadi tak sempat nak ambil sebab itu kawan2 yang lain tengok Ina semacam aje...' jawab Salina tersipu malu campur kecewa.
'em...korang ada letak gambar ustazah tak? sibuk betul Nonleo ingin tahu. 'Well...kalau ustazah mahu kita boleh alter'. Ina bertambah confused. 'Oh..tidak lah ustazah bergurau aje, jom jangan buang masa kita serang lunch.'
Nonleo sempat pula bawa suami tersayang dan anak2 yang lain. Secara kebetulan suami tidak bekerja. Dia tu...memang pantang kalau ajak keluar makan angin, jalan-jalan buang duit alasannya jogging, oops! ngumpat kot! jangan marah YaHajji...?
Semasa menjamu selera especially suckling snail, banyak program telah dibincangkan. Pertama macam mana kita hendak tarik lebih ramai orang suka baca Al-Quran. Kita prihatin ramai baca Al-Quran bila ada kematian, kemalangan dan kesusahan. Kedua mengerjakan umrah beramai-ramai setelah lulus ujian membaca Al-Quran bertajwid. Prihatin kedua ini pula kita nampak ramai membaca Al-Quran sorang-sorang. Adakah mereka tidak mahu riak atau malu.
Akhirnya mereka memberi suggestion supaya kita adakan outdoor activities every six months. Em...pucuk dicita ulam mendatang (membudayakan bacaan Alquran disetiap majlis menjadi cita2 Nonleo dikuatkan lagi dengan penyokong yang ramai...alangkah beruntungnya!.
Sebelum beredar kami sempat berdoa (dibaca oleh YaHajji), agar selamat didunia dan diakhirat. Wabillah hi taufik wal hidayah, Assalamualaikum Warahmatullah hi wabarakatuh.
Posted at 01:13 am by nonleo
Permalink
Jul 13, 2005
KELAS MENGAJI - NONLEO KONPUSED ANAK MURID WANT MORE!
A s s a l a m u a l a i k u m w r. w b.
Alhamdulillah dapat chat lagi Nonleo kali ini. Nonleo masih belum bersedia nak bercerita tentang korang semua. Tetapi nampaknya anak murid dah tak sabar hendak mengetahui progress kawan-kawan yang lain.
Syukran ya Allah kerana diberi kesihatan. Nonleo mengambil peluang memohon maaf kepada semua peminat setia blog ini agar bersabar. Semenjak dua minggu ini Nonleo diserang oleh peluru meriam. Hancur hati ini bila peminat setia demand cerita baru dan gambar-gambar baru.
Nonleo terfikir nak cari secretary peribadi yang boleh baca fikiran Nonleo. Ada sesiapa yang berminat?!
Mak Long Susz dan Nory Anar dah mintak duit royalty. Maklumlah mereka dah popular sekarang di Internet.
Kepada Ratu Rock, serulah Papa Rock dan anak buah semua datang mengaji. Ogyrose pula, cerita apa yang awak nak Nonleo mulakan?
Sebelum itu satu lagi informasi untuk semua tentang larangan berkata "Saya lupa Al-Quran"
'Daripada Abdullah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda : "Tidak baik jika seseorang berkata; 'Saya lupa ayat ini, ayat itu tetapi hendaklah dia berkata, saya dilupakan.' Dan ingatlah kembali hafalan Al-Quran itu kerana ia lebih mudah terlepas dari dada orang-orang yang menghafalnya daripada haiwan yang digembala."
(riwayat Bukhari, Tirmizi dan ad-Darimi)
InsyaAllah kita sambung lagi.
Posted at 03:01 am by nonleo
Permalink
Jun 29, 2005
KELAS MENGAJI - ALHAMDULILLAH BERTEMU LAGI KITA SETELAH BERCUTI
Assalamualaikum? Syukur Alhamdulillah Nonleo kembali sekali lagi setelah sebulan bercuti. Sebenarnya Nonleo tidak kemana-mana, cuma berada dirumah. Bulan cuti sekolah memang paling sibuk sekali. Kelima-lima anak-anak ada dirumah. Rumah senantiasa berselerak dan entak berapa kali kena kemas. Nonleo kalau dah penat, letih, obatnya...tidur.
InsyaAllah Nonleo akan update the latest news tentang anak murid dan kelas mengaji masing2. Yang terbaru sekali! gambar-gambar anak murid yang membuat persembahan membaca Yasin di majlis perkahwinan ada ditayangkan di blog sahabat KATAKAMI. Sekiranya anak murid ingin melihat, boleh berhubung dengan Sab.
Ewah.. ewah..popularlah awak semua. Manalah tahu kot..kot..bulan December ni kita semua diundang oleh Sultan Brunei untuk membuat persembahan diasana pula!
Maka dari itu anak murid sekalian, hendaklah berlatih membaca Al-Quran setiap hari. Nonleo berpesan setiap kali selepas belajar "Cara mudah dan berkesan supaya cepat membaca Al-Quran ialah membaca satu ayat setiap hari dan menganggapnya sebagai satu amalan yang berterusan."
Sekali lagi Nonleo mohon maaf dan salam sayang buat semua.
Posted at 10:57 am by nonleo
Permalink
|
|
|