* I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH *


Inilah dia tempat singgahsanaKu. Namaku Non dan zodiacku Leo maka terjadilah blog ini.

Keturunanku dari sebelah bapa (jawa tengah) dan ibu (pekan nenas) maka Malindolah asalku.

Umurku? em.....lewat 30an. Boleh tahanlah. Ramai kata aku look like early 20.

Suamiku namanya Yahajji. Handsome lagi ganteng. Senyuman yang berkumis dialah yang membuat aku tergila-gila untuk bersuamikannya.

Anak-anak - 5 orang semuanya. Muhd Helmi / Muhd Yusuf / Muhd Danish (3 hero) dan Nur'Amirah / Nur Dayana (2 heroin). Semuanya cantik2 macam aku dan Yahajji.

Profession.....mengajar (duniawi dan ukhrawi)

Kegemaranku macam2 itu nak! inipun nak! dan yang paling penting aku suka berangan menjadi orang yang dikenali sebagai 'membuka hati mereka untuk kembali ke jalan Allah'

Hendak tahu peristiwa pahitku? Aku melamar suamiku dahulu. Asyik kena ejek seperti perigi mencari timba.

Kalau ada pahit mesti ada manisnya! sekarang aku merasa bangga dapat mencontohi Siti Khadijah r.a. yang melamar Nabi Muhammad s.a.w.

Makanan yang paling aku sukai MEE SIAM KUAH

Ucapan kepada semua yang ingin mengenali diriku "May all your wish come true"

   


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Jun 29, 2005
KELAS MENGAJI - ALHAMDULILLAH BERTEMU LAGI KITA SETELAH BERCUTI

Assalamualaikum? Syukur Alhamdulillah Nonleo kembali sekali lagi setelah sebulan bercuti. Sebenarnya Nonleo tidak kemana-mana, cuma berada dirumah. Bulan cuti sekolah memang paling sibuk sekali. Kelima-lima anak-anak ada dirumah. Rumah senantiasa berselerak dan entak berapa kali kena kemas. Nonleo kalau dah penat, letih,  obatnya...tidur.

InsyaAllah Nonleo akan update the latest news tentang anak murid dan kelas mengaji masing2. Yang terbaru sekali! gambar-gambar anak murid yang membuat persembahan membaca Yasin di majlis perkahwinan ada ditayangkan di blog sahabat KATAKAMI. Sekiranya anak murid ingin melihat, boleh berhubung dengan Sab.

Ewah.. ewah..popularlah awak semua. Manalah tahu kot..kot..bulan December ni kita semua diundang oleh Sultan Brunei untuk membuat persembahan diasana pula!

Maka dari itu anak murid sekalian, hendaklah berlatih membaca Al-Quran setiap hari. Nonleo berpesan setiap kali selepas belajar"Cara mudah dan berkesan supaya cepat membaca Al-Quran ialah membaca satu ayat setiap hari dan menganggapnya sebagai satu amalan yang berterusan."

Sekali lagi Nonleo mohon maaf dan salam sayang buat semua.

Posted at 10:57 am by nonleo

malaysia web design
June 26, 2009   04:29 PM PDT
 
kena cari tempat yang udara yang segar baru tenang
malaysia web design
June 24, 2009   11:54 AM PDT
 
cuti panjang la nak tenangkan fikiran
fire fighting traning
June 3, 2009   04:46 PM PDT
 
cuti panjang pergi holiday ke
ogyrose
July 7, 2005   11:21 PM PDT
 
Wa'alaikumsalam Nonleo. Oklah tu layan anak-anak masa cuti sekolah. Penat dapat juga tidur. He...he...he...

Nonleo, mana gambar kita masa baca Yasin di majlis perkahwinan hari tu ramai-ramai. Pasti glamourkan dan cun-cun. Cepatlah masukkan dalam blog Nonleo. Mudah-mudahan siapa yang solo tu ada orang yang berkenan.

Hai, saya ni banyak celoteh pulak.

Oklah kita jumpa lagi lain kali.

Salam sayang buat Nonleo dan semua rakan-rakan seperjuangan. Bye.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry