* I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH *


Inilah dia tempat singgahsanaKu. Namaku Non dan zodiacku Leo maka terjadilah blog ini.

Keturunanku dari sebelah bapa (jawa tengah) dan ibu (pekan nenas) maka Malindolah asalku.

Umurku? em.....lewat 30an. Boleh tahanlah. Ramai kata aku look like early 20.

Suamiku namanya Yahajji. Handsome lagi ganteng. Senyuman yang berkumis dialah yang membuat aku tergila-gila untuk bersuamikannya.

Anak-anak - 5 orang semuanya. Muhd Helmi / Muhd Yusuf / Muhd Danish (3 hero) dan Nur'Amirah / Nur Dayana (2 heroin). Semuanya cantik2 macam aku dan Yahajji.

Profession.....mengajar (duniawi dan ukhrawi)

Kegemaranku macam2 itu nak! inipun nak! dan yang paling penting aku suka berangan menjadi orang yang dikenali sebagai 'membuka hati mereka untuk kembali ke jalan Allah'

Hendak tahu peristiwa pahitku? Aku melamar suamiku dahulu. Asyik kena ejek seperti perigi mencari timba.

Kalau ada pahit mesti ada manisnya! sekarang aku merasa bangga dapat mencontohi Siti Khadijah r.a. yang melamar Nabi Muhammad s.a.w.

Makanan yang paling aku sukai MEE SIAM KUAH

Ucapan kepada semua yang ingin mengenali diriku "May all your wish come true"

   


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sep 4, 2005
KELAS MENGAJI - MAKAN TENGAHARI SEMPENA HARI ASATIZAH

Sodaqollahhulazim...Baiklah anak murid semua ada apa2 soalan sebelum kita makan lunch di Hajjah Maimunah Restaurant di Joo Chiat Complex?

'Ustazah ini hadiah dari Nuraimah'. MasyaAllah cantik beg tangan warna biru dan terima kasih Nonleo kepada Sarinah for the brooch.

'Ustazah kita ada surprise iaitu namecard special made, khas untuk ustazah!' sampuk Salina dan diikuti oleh Norlina (banyak sangat ina), kak Kalsom, kak Maimunah, Hazbibah, Rositah, dan Ayda. 'So..where is it?' dengan rasa ghairah Nonleo bertanya. Maklumlah surprise katakan.

'Actually it is in progress, Ina terlambat tadi tak sempat nak ambil sebab itu kawan2 yang lain tengok Ina semacam aje...' jawab Salina tersipu malu campur kecewa.

'em...korang ada letak gambar ustazah tak? sibuk betul Nonleo ingin tahu. 'Well...kalau ustazah mahu kita boleh alter'. Ina bertambah confused. 'Oh..tidak lah ustazah bergurau aje, jom jangan buang masa kita serang lunch.'

Nonleo sempat pula bawa suami tersayang dan anak2 yang lain. Secara kebetulan suami tidak bekerja. Dia tu...memang pantang kalau ajak keluar makan angin, jalan-jalan buang duit alasannya jogging, oops! ngumpat kot! jangan marah YaHajji...?

Semasa menjamu selera especially suckling snail, banyak program telah dibincangkan. Pertama macam mana kita hendak tarik lebih ramai orang suka baca Al-Quran. Kita prihatin ramai baca Al-Quran bila ada kematian, kemalangan dan kesusahan. Kedua mengerjakan umrah beramai-ramai setelah lulus ujian membaca Al-Quran bertajwid. Prihatin kedua ini pula kita nampak ramai membaca Al-Quran sorang-sorang. Adakah mereka tidak mahu riak atau malu.

Akhirnya mereka memberi suggestion supaya kita adakan outdoor activities every six months. Em...pucuk dicita ulam mendatang (membudayakan bacaan Alquran disetiap majlis menjadi cita2 Nonleo dikuatkan lagi dengan penyokong yang ramai...alangkah beruntungnya!.

Sebelum beredar kami sempat berdoa (dibaca oleh YaHajji), agar selamat didunia dan diakhirat. Wabillah hi taufik wal hidayah, Assalamualaikum Warahmatullah hi wabarakatuh.

Posted at 01:13 am by nonleo

ruzaimie
September 23, 2005   08:31 PM PDT
 
saya harap Ruhaizad akan menang di peraduan ini.
ruhaizad
September 23, 2005   08:30 PM PDT
 
saya akan sokong semua orang yang masuk dalam peraduan
Zati
September 23, 2005   08:28 PM PDT
 
Saya doakan abang saya akan menang. Dan semoga semua dapat pengalaman. Amin.
Zaini aka ajai
September 23, 2005   08:26 PM PDT
 
dengan apa yang saya dapat perhatikan, helmi, Irsyad yang ada "talent" untuk menang(including me).
so long < Peace Out >
muhammad aidil
September 23, 2005   08:24 PM PDT
 
kalah atau menang ibu bapa saya akan tetap bangga kepada saya.....
tashir
September 23, 2005   08:21 PM PDT
 
insha`allah sumua akan berjaya....
nu'man
September 23, 2005   08:20 PM PDT
 
saya agak helmi yg akan menang....
nonleo
September 19, 2005   01:49 AM PDT
 
Sama-sama kasih untuk anda sekalian. Seperti yang kita cadangkan acara ini akan diadakan setiap 6bulan. Next gathering dimana...?
cik som dan lina
September 17, 2005   12:54 PM PDT
 
memang seronoknya makan free ye. Mudah mudahan, dgn keizinan Tuhan, kita dpt makan bersama-sama lagi di masa akan datang.
pada ustazah, kak som ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kembali mengaji walaupun telah bercuti kerana kehadiran cucu kak som.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry