* I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH *


Inilah dia tempat singgahsanaKu. Namaku Non dan zodiacku Leo maka terjadilah blog ini.

Keturunanku dari sebelah bapa (jawa tengah) dan ibu (pekan nenas) maka Malindolah asalku.

Umurku? em.....lewat 30an. Boleh tahanlah. Ramai kata aku look like early 20.

Suamiku namanya Yahajji. Handsome lagi ganteng. Senyuman yang berkumis dialah yang membuat aku tergila-gila untuk bersuamikannya.

Anak-anak - 5 orang semuanya. Muhd Helmi / Muhd Yusuf / Muhd Danish (3 hero) dan Nur'Amirah / Nur Dayana (2 heroin). Semuanya cantik2 macam aku dan Yahajji.

Profession.....mengajar (duniawi dan ukhrawi)

Kegemaranku macam2 itu nak! inipun nak! dan yang paling penting aku suka berangan menjadi orang yang dikenali sebagai 'membuka hati mereka untuk kembali ke jalan Allah'

Hendak tahu peristiwa pahitku? Aku melamar suamiku dahulu. Asyik kena ejek seperti perigi mencari timba.

Kalau ada pahit mesti ada manisnya! sekarang aku merasa bangga dapat mencontohi Siti Khadijah r.a. yang melamar Nabi Muhammad s.a.w.

Makanan yang paling aku sukai MEE SIAM KUAH

Ucapan kepada semua yang ingin mengenali diriku "May all your wish come true"

   


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sep 29, 2005
KELAS MENGAJI NONLEO - HAI....MAK PENGANTIN PUN TAK SESIBUK INI

Assalamualaikum kepada semua peminat Nonleo. Sudah bersedia nak baca Yasin beramai-ramai esok?

Alhamdulillah. Sambutan tahun ini sungguh memberangsangkan. Apakan tidak, dari pagi sampai saat ini, telephone dan handphone asyik berdering bertanya tentang besok.

Terutama sekali mereka yang memberi sumbangan berupa juadah dan minuman. Nonleo pun seronok 'order awak masak itu, awak masak ini'. Agaknya mereka pun sama-sama seronok.

Yang penting, semenjak seminggu ini mereka sudah berlatih membaca Yasin di kelas. Alhamdulillah... ada bakat dan tidak keko. Semalam hari terakhir borang dikembalikan.

MasyaAllah!!! bermacam juadah dan minuman sebagai sumbangan dari kalian.

Sudddenly.....Nonleo suggest nasi ambeng. Mereka pun say 'yes' dan mulalah kita bagi-bagikan kerja. Sebab itu hari ini sibuk tanya pasal daging masak rendang, ayam masak cili padi, sambal goreng bla..bla..bla..sampai kena sindir 'ini kenduri tahlil ke kenduri makan?'

Terlebih dahulu Nonleo ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang ikhlas menyediakan menu untuk nasi ambeng.

1. Datin Shariffah  (Nasi putih/ikan bilis kacang/sambal sotong)

2. Salina  (daun pisang/jelly/ice/minuman)

3. Juwita & Khairani & Hosniah (rendang daging)

4. Juminah Hasar & Ramlah & Juminah Ahmad & Nanny (ayam goreng/masak cili padi/merah)

5. Norida & Rosita (ikan goreng kentucky)

6. Suriani & Sarimah (sambal goreng pengantin/gelodok)

7. Juwita & Milah (bergedil)

8. Jaleha  (sambal belacan power pakai giling)

9. Rahimah  (serunding)



Sekali lagi diingatkan jadual esok

8.00 mlm - pengacara memulakan ucapan selamat datang

8.15 mlm - bacaan Yasin dan seterusnya doa tahlil

9.30 mlm - makan beramai-ramai dan ucapan-ucapan dari individu.

10.00 mlm - pengacara mengakhiri majlis



Sekiranya anda ada suggestion bolehlah e-mail di alamat nonleo@mail.com 

Wassalam.

Posted at 11:15 pm by nonleo

nonleo
October 3, 2005   12:06 AM PDT
 
wah! wah! wah! Salina....boleh tahan malam tu. Berbaju kurung pesak, ayu...sekali.
Nonleo puji cara Inah mengendalikan majlis yang pertama kali diadakan. Apabila ditayang semula melalui video, nampak pro you know!
Sekiranya hendak copy of the video boleh order, kerana ada orang nak buatkan.
Nonleo hairan, kenapa muka pengacara lebih menyerlah dari yang lain terutama sekali Nonleo?
Hai.....tak adil betul lah orang yang ambil video tu? nak kena hantar kursus bikin film agaknya! fedup you know I.
salina
October 1, 2005   04:09 PM PDT
 
Waalaikumsalam wb wrb menemui Nonleo yg dihormati serta teman2 blog ku sekelian:)
Alhamdulilah segala puji bagi Allah yg telah mengizinkan kita beramai -ramai hadir di majlis tahlil & doa .
Terlebih dahulu saya nak ucapkan ribuan terimakasih kpd mereka yg hadir menyemarakkkan lagi budaya membaca al-quran beramai-ramai khususan buat kaum muslimah .Perasaan yg sungguh luarbiasa & sukar digambarkan pabila didlm majlis yg penuh berkah ini tambah lagi kita semua dapat bersilaturahim.
Syabas saya ucapkan kpd Nonleo kerna begitu bersemangat & tulus dlm membimbing kami serta menganjurkan majlis yg cukup "POWER"(apa tidaknya penuh 1 hall hehehe)
Terutama buat diri saya pengacara majlis buat julung-julung kalinya (terimakasih Nonleo diatas kepercayaannya)masya-allah seram sejuk dibuatnya hmm tapi akan ku simpan didalam memori ku yg paling dlm sekali menjadi bekalan saham akhirat nanti insya-allah.
Sebelum saya undur diri izinkan saya menyusun sepuluh jari andai kata terkasar bahasa atau ada kelemahan diri saya mohon maaf zahir & batin pd malam tersebut.
Sambutlah salam ukhwahdari saya di iringi ucapan selamat menyambut bulan Ramadhan al mubarak semoga ramadhan kali ni lebih baik dari yg dulu kerna kita hiasi hati kita dgn bacaan ayat suci Al Quran,amin!
Well done Non leo teruskan perjuangan mu !Kami disini akan terus mendoakan mu agar dikau diberi keafiatan ,kesejahteraan ,kesabaran & kebahagian dlm membimbing kami amin!
dayana
September 29, 2005   11:51 PM PDT
 
Esok 30 sept 2005,rumah saya ada tahlil membaca surah Yasiin.Saya nanti begitu sibuk menyiapkan makanan dan minuman.Ok lah itu sahaja saya boleh cakap (bye bye)!!
dayana
September 29, 2005   11:51 PM PDT
 
Esok 30 sept 2005,rumah saya ada tahlil membaca surah Yasiin.Saya nanti begitu sibuk menyiapkan makanan dan minuman.Ok lah itu sahaja saya boleh cakap (bye bye)!!
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry