* I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH *


Inilah dia tempat singgahsanaKu. Namaku Non dan zodiacku Leo maka terjadilah blog ini.

Keturunanku dari sebelah bapa (jawa tengah) dan ibu (pekan nenas) maka Malindolah asalku.

Umurku? em.....lewat 30an. Boleh tahanlah. Ramai kata aku look like early 20.

Suamiku namanya Yahajji. Handsome lagi ganteng. Senyuman yang berkumis dialah yang membuat aku tergila-gila untuk bersuamikannya.

Anak-anak - 5 orang semuanya. Muhd Helmi / Muhd Yusuf / Muhd Danish (3 hero) dan Nur'Amirah / Nur Dayana (2 heroin). Semuanya cantik2 macam aku dan Yahajji.

Profession.....mengajar (duniawi dan ukhrawi)

Kegemaranku macam2 itu nak! inipun nak! dan yang paling penting aku suka berangan menjadi orang yang dikenali sebagai 'membuka hati mereka untuk kembali ke jalan Allah'

Hendak tahu peristiwa pahitku? Aku melamar suamiku dahulu. Asyik kena ejek seperti perigi mencari timba.

Kalau ada pahit mesti ada manisnya! sekarang aku merasa bangga dapat mencontohi Siti Khadijah r.a. yang melamar Nabi Muhammad s.a.w.

Makanan yang paling aku sukai MEE SIAM KUAH

Ucapan kepada semua yang ingin mengenali diriku "May all your wish come true"

   


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Jan 9, 2006
Assalamualaikum wr.wb. Selamat Hari Raya Haji semua?

Tiga bulan lamanya tidak memberi berita, mungkin disana semua tertanya-tanya dimana Nonleo yang disayangi? Kepada yang merindui tidak henti-henti bertanya melalui SMS 'updatelah....'.

Apa sekalipun Nonleo nak bukukan pengalaman pertama selaku pengacara majlis tilawah alquran di bedok pada 18/12/2005. Seram sejuk dibuatnya, maklumlah tak prepare. Pada hari itu Nonleo akan mengucapkan ribuan terima kasih kepada qari dan qariah kerana sumbangan ikhlas mereka memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Alquran dan sesudah itu mentafsirkan ayat2 yang telah dibacakan tadi.

Apabila teringat peristiwa membaca tafsir dikhalayak ramai.. huh! berpeluh-peluh dibuatnya sebab tersasul-sasul. Padahal script ada didepan mata, tak sama yu...baca sorang-sorang. he..he..he..

Pada hari Sabtu 7/1/06, sekali lagi Nonleo diberi kepercayaan untuk mengacarakan majlis tilawah Alquran buat kali kedua. Kali ini Nonleo tukar konsep iaitu memperdengarkan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan kelebihan, pahala seseorang apabila membaca Alquran.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa syukurnya Nonleo deberi peluang menyampaikan hadis Nabi di khalayak ramai. Nonleo berharap dapat share hadis pilihan kali ini.

Pertama - dari Abu Zar r.a. berkata bahawa beliau meminta Rasullah s.a.w. memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasullah s.a.w. bersabda : "Semaikanlah perasaan takwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan yang baik". Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Kata baginda s.a.w. : "Tetapkanlah membaca Alquran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat."

Kedua - Membaca Alquran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Alquran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca alquran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib. Hadis Rasullah s.a.w. bersabda : "Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-quranul karim.'

Ketiga -  Membaca al-quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang islam. Hadis Rasullah s.a.w. bersabda :  "Sesungguhnya Alquran ini adalah hidangan Allah s.w.t., maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh."

Keempat - Pahala tiap-tiap huruf Alquran dijelaskan dalam sebuah hadis dari Ibn Mas'ud r.a. dari Rasullah s.a.w. telah bersabda : "Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

Kelima - Dari Abu Hurairah r.a. katanya, telah berkata Rasullah s.a.w. : "Sesiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Alquran, ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat."

Keenam - Dari Muaz Al-Juhani telah berkata, telah bersabda Rasullah s.a.w. : "Sesiapa yang membaca Alquran dan diamalkan apa yang terkandung didalamnya, ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada didalam rumah-rumahnya didinia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya."

Ketujuh  - Dari Sa'id Salim secara musal telah berkata, telah berkata Rasullah s.a.w. : "Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan al-quran bukan nabi dan bukan malaikat dan sebagainya."

 Akhir sekali dialog diantara Allah dan malaikat-malaikatnya mengenai majlis zikrullah yang akan Nonleo bukukan di lain kesempatan InsyaAllah.


Posted at 01:23 pm by nonleo

hydrocodone
February 27, 2006   01:32 AM PST
 
Nice Entry.
Kak Aminah
February 18, 2006   12:42 PM PST
 
Ustazah, Kak Minah ingin meluahkan perasaan gembira pertama kali mengaji di kelas kumpulan Pagi Sabtu. Terutama sekali di majlis perkahwinan di Woodlands dan Marsiling. Ketika di majlis membaca Alquran Kakak merasa gembira kerana dapat menyumbang bacaan Alquran. Seram sejuk kakak dibuatnya InsyaAllah dilain kesempatan kakak akan sokong kumpulan Sukarelawan Jemaah Iqra.
Kak Joyah
February 18, 2006   12:30 PM PST
 
Pertama kali mengaji di kelas kumpulan Pagi Sabtu saya telah tertarik mengikuti kelas selanjutnya.Peristiwa yang tidak dapat kakak lupakan apabila diberi peluang mengaji di majlis perkhawinan di Woodlands dan kemudian di Marsiling. Kakak begitu gembira dan berbesar hati kerana diberi peluang oleh ustazah membaca alquran dikhalayak ramai memandangkan usia lanjut. Selama ini hidup saya sibuk dengan perkara lain selain Alquran tetapi kali ini saya berazam hendak lebih sibukkkan diri denga Alquran, InsyaAllah...
Kak Zaleha
February 18, 2006   12:16 PM PST
 
Majlis hari Sabtu sungguh menggembirakan kerana inilah kali pertama kakak menyaksikan majlis seumpama itu. Mendengarkan bacaan ayat suci Alquran oleh qari dan qariah telah membuat hati saya merasa gembira, tenang dan lapang fikiran sehingga masa berlalu begitu cepat sekali. Akhir sekali kakak ingin mengikuti kumpulan SJI ini
Nuraimah
February 13, 2006   06:06 PM PST
 
Assalammualaikum. Pada hari Sabtu, malamnya...pada tarikh 11 Februari 2006, saya, Hajjah Aminah, Hajjah Fatimah (Kak Joyah) & suami dan Puan Zaleha telah datang untuk bersama meraikan/mendengar majlis membaca ayat2 suci Al-Quran dari kumpulan Jemaah Sukarelawan Iqra, di majlis perkahwinan di Blok 35, Marsiling Crescent. Majlisnya berlangsung di 'Function Hall".

Ingin Ema berkongsi akan perasaan sukacita Ema sewaktu berada di majlis malam itu. Rasa senang mendengar bacaan dari ustaz Jamalludin (suami Ustazah Nonleo), adik beradik mereka, termasuk mak ustazah. juga bacaan dari Puan Mawar, bekas Qariah tahun 2004. Menarik hati saya mendengar kebaikan bacaannya....malahan Puan Aminah dan Puan Fatimah dari kumpulan Pagi sabtu Al-quran, juga memberi sumbangan sama...sungguh berani mereka..saya kagum.
Cuma terkilan tak dapat mendengar ustazah Nonleo membaca. Saya rasa ini satu pendekatan yang amat baik untuk megembalikan keagungan bacaan Al-Quran. Saya yang masih belajar membaca dengan betul rasa tersentuh hati.

Malam itu tak sempat nak beritahu Ustazah tentang perasaan saya jadi saya tulis komen di sini......minta2 kawan2 yang lain seperti Kak Maimunah, Kak Kalsom, Salina dan Norlina dapat hadir bersama di lain waktu...siapa tahu, menyumbang sepotong ayat Allah.

Alhamdullilaah!
Idah wld
February 4, 2006   04:03 PM PST
 
assalammulaikum nonleo,lama tak dengar cerita tup tup jadi pengacara tilawah alquran.tahniah & syabas. ustazah memang ada pontesi dan serba berkebolehan. selamat tahun baru 1427H.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home