* I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH * I LOVE ALLAH *


Inilah dia tempat singgahsanaKu. Namaku Non dan zodiacku Leo maka terjadilah blog ini.

Keturunanku dari sebelah bapa (jawa tengah) dan ibu (pekan nenas) maka Malindolah asalku.

Umurku? em.....lewat 30an. Boleh tahanlah. Ramai kata aku look like early 20.

Suamiku namanya Yahajji. Handsome lagi ganteng. Senyuman yang berkumis dialah yang membuat aku tergila-gila untuk bersuamikannya.

Anak-anak - 5 orang semuanya. Muhd Helmi / Muhd Yusuf / Muhd Danish (3 hero) dan Nur'Amirah / Nur Dayana (2 heroin). Semuanya cantik2 macam aku dan Yahajji.

Profession.....mengajar (duniawi dan ukhrawi)

Kegemaranku macam2 itu nak! inipun nak! dan yang paling penting aku suka berangan menjadi orang yang dikenali sebagai 'membuka hati mereka untuk kembali ke jalan Allah'

Hendak tahu peristiwa pahitku? Aku melamar suamiku dahulu. Asyik kena ejek seperti perigi mencari timba.

Kalau ada pahit mesti ada manisnya! sekarang aku merasa bangga dapat mencontohi Siti Khadijah r.a. yang melamar Nabi Muhammad s.a.w.

Makanan yang paling aku sukai MEE SIAM KUAH

Ucapan kepada semua yang ingin mengenali diriku "May all your wish come true"

   


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


May 23, 2005
KELAS MENGAJI - MASIH BELUM TERLAMBAT MENGUCAPKAN HARI CUTI VESAK DAY

Alhamdulillah, selesai sudah Musabaqah Tilawah Alquran peringkat saringan pada 21/22 May 2005 lalu.
Kali ini kita akan training semula tilawah Alquran untuk persembahan pada 18 June 2005 di majlis perkahwinan di Yishun.

Kali ini, Nonleo berharap lebih ramai lagi yang akan menyertai.  InsyaAllah bila kita sudah bersedia pada perkara baik, Allah akan mudahkan urusan kita.  Dibawah ini Nonleo sertakan beberapa hadis untuk renungan.


Daripada al-Bara bin Azib r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda 
"Hiasilah AlQuran dengan suara-suara kamu."  (riwayat Abu Daud dan an-Nasa'i)


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda 
"Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak mahu melagukan AlQuran."
 
(riwayat Bukhari, Ahmad dan Abu Daud)


Daripada Abdullah bin Mughaffal dia berkata  
"Ketika pembukaan kota Mekah dalam satu perjalanan Nabi s.a.w. membaca surah al-Fath sambil menunggang unta dan baginda membacanya dengan irama."
  (riwayat Bukhari)


Daripada Abu Musa al-Asyaari r.a. bahawa suatu malam Nabi s.a.w. mendengar bacaan AlQuran Abu Musa.  Maka keesokan harinya ketika baginda berjumpanya, baginda bersabda 
"Kamu telah dianugerahi seruling dari seruling keluarga Nabi Daud."
 
(riwayat Bukhari, Muslim dan an-Nasai)


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullah s.a.w. bersabda 
"Allah tidak pernah mendengar sesuatu seperti Dia mendengar seorang nabi yang merdu suaranya melagukan Al-Quran."  (riwayat Bukhari, Muslim dan ad-Darimi)


InsyaAllah dilain kesempatan Nonleo akan update kecermelangan kelas mengaji untuk bulan May 2005 pula.

Posted at 11:37 pm by nonleo
Comment (1)  

May 19, 2005
KELAS MENGAJI - MUSABAQAH TILAWAH ALQURAN

Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi untuk kisah selanjutnya, iaitu Musabaqah Tilawah AlQuran peringkat saringan pada Sabtu dan Ahad ini, jam 5 petang hingga 11 malam bertempat di masjid Mujahiddin di Queenstown.

Syukur Alhamdulillah, penyertaan tahun ini amat menggalakkan. Setiap penyertaan dibahagikan kepada kumpulan 1 (bertanding pada hari Sabtu) dan kumpulan 2 (bertanding pada hari Ahad). Seramai 20 wanita dan 40 lelaki bertanding dan mereka yang terpilih untuk memasuki peringkat semi-final iaitu pada 18/6/2005 dimasjid yang sama.

Kepada anak murid yang ingin menyaksikan persembahan Nonleo boleh datang pada hari Sabtu ini. Masa membaca tidak dapat diberitahu kerana undian giliran akan dijalankan pada hari sama iaitu jam 4 petang. 1 jam sebelum pertandingan bermula.

Nonleo berharap doa sekalian makhluk Allah supaya bertambah iman dan berjaya membawa manusia mengingati Allah. 

Posted at 01:41 am by nonleo
Comments (5)  

May 11, 2005
KELAS MENGAJI - AGAKNYA...MEREKA NEE ALL ADA MAGIC TAK ?

Alhamdulillah,syukran jazilan. Minggu ini sahaja, banyak peristiwa menggelikan hati berlaku di setiap kelas kumpulan masing-masing.

Pertama, kelas Monday Blues. Pelajaran sekarang dah Iqra 3 mukasurat 23 - 25. Ayat dah panjang sedikit maka seronoklah mereka nak cuba beralunkan suara. Nonleo hairan walaupun mereka datang seminggu sekali, tetapi homework yang diberikan benar-benar dimanfaatkan kumpulan ini. Qariah terbaik kali ini Puan Salina Mohamed Hassan. Tahniah!.

Kedua, kelas Monday Crystal.  Pelajaran sekarang dah Iqra 4 mukasurat 20 - 21. Kelas ini memang tidak boleh dinafikan, semua anak murid dapat A1+. Ajaib betul mereka ni semua!. Tengoklah siapa guru kanan kumpulan ini, kalau tidak Puan Sarijah Yatiman. Seminggu sekali belajar, homework sampai empat page. Ayat panjang-panjang pulak tu! tetapi mereka benar-benar 'go for it'. Syabas!.

Ketiga, kelas Isnin Purnama.  Pelajaran sekarang dah Iqra 5 mukasurat 13 - 15.  Kelas ini berjalan dengan suasana relaks dan tenang. Pertama kali menggunakan microfon, em... menjadi-jadi bacaan  Puan Jamaliah Tulus. Untuk kelas ini, by September 2005 mesti naik Quran.

Keempat, kelas Selasa Berlian.  Pelajaran sekarang dah Iqra 3 mukasurat 27 - 30.  Semenjak Cik Juminah berpindah ke kelas Isnin Purnama, mereka nampak down sedikit. "Hidangan sedap-sedap pun dah tak ada" jawab Salawaty selamba.  Tetapi dalam diam-diam, Puan Nori Anar yang selama ini tidak kedengaran suara semasa membaca telah dilantik untuk menjadi guru kanan Ustazah, ewah!

Kelima, kelas Rabu Mutiara.  Pelajaran sekarang dah Iqra 2 mukasurat 26 - 27.  Kelas ini baru bermula pada 16th February 2005.  Boleh tahan... cepat juga beralih. Kelas ini paling ramai anak murid sebab itu Ustazah ada guru kanan Puan Asmah Aziz dan guru kiri Puan Shamsiah Mohamed Hassan.  Mereka inilah yang membantu pelajar lain sekiranya mereka ketinggalan. Bagus juga mereka ajar yang lain sebab keduanya kalau baca asyik nak cepat aje! he..he.. Ustazah ucapkan ribuan terima kasih kerana banyak membantu.

Tidak ketinggalan kepada pelajar baru Hazrina Rahizad, Asmah Ibrahim, Cahaya Nirmala Ahmad, Kamariah Bahrom, Nur Wahida Abd Wahab dan Hazbiba Rahizad  ucapan  "Selamat berkenalan dari kami semua".

Jangan lupa Musabaqah Tilawah Alquran pada minggu depan 21/22 May 2005 di Masjid Mujahiddin.  Masa dan itinery persembahan akan ustazah umumkan sejurus mendapat surat dari pihak lembaga masjid. InsyaAllah. Ilal Liqo.

Posted at 03:38 pm by nonleo
Make a comment  

May 6, 2005
KELAS MENGAJI - TAHNIAH KEPADA KUMPULAN SUKARELAWAN YASSIN

Assalamualaikum sahabat semua? Alhamdulillah dapat bertemu lagi di ruangan borak -borak pasal ngaji. Dah hampir seminggu tidak beri khabar. Maklumlah, minggu ini sungguh sibuk sekali.

Alhamdulillah persembahan bacaan Yasiin pada 30th April 2005 di majlis perkahwinan mendapat pujian daripada keluarga pengantin terutama ibu dan bapa pengantin. Begitu juga town council Sukarelawan Jemaah Iqra dan anggota famili yang lain. Kalau nak sebut nama-nama mereka, alahai... seminggu pun tak habis coret.

Disini ada lagi satu pengumuman. Musabaqah Tilawah Al-Quran akan bermula pada 21/22 May 2005 di Masjid Mujahiddin di Stirling Road. Ustazah berharap anak murid semua boleh hadirkan diri untuk menyaksikan persembahan tilawah itu nanti.

Syabas kepada Noridah Ariffin (Kumpulan Veteren) dan Rositah Ariifin (Kumpulan Pagi Sabtu) kerana bertanding dalam musabaqah kali ini. Kepada anak murid yang lain .....bolehlah membuat persiapan dalam masa dua tahun dari sekarang.

Itulah sahaja perkembangan kali ini. InsyaAllah kita ngobrol lagi minggu depan.

Wassalam

Posted at 02:58 pm by nonleo
Make a comment  

Apr 30, 2005
FIRMAN ALLAH DAN HADIS - MARILAH KITA RENUNGKAN HADIS-HADIS PILIHAN

Dari Uthman bin Affan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Orang yang paling baik diantara kamu ialah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."

(Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain)


Dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Orang yang membaca Al-Quran dan dia menghafal dalam membacanya, dia akan bersama para malaikat yang menjadi utusan, lagi mulia dan suci. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran tetapi merasakan kesulitan dan kepayahan dalam membacanya, dia akan mendapat dua pahala."

(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Dawud, ad-Darimi)



Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :

"Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran maka dia akan mendapat pahala satu amal kebajikan dan pahala satu amal kebajikan digandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

(Riwayat Tirmizi dan ad-Darimi)



Posted at 01:45 am by nonleo
Make a comment  

Apr 29, 2005
CERPEN - AKHIRNYA NONLEO DEDAHKAN QARI IDOLA DARI MESIR

INILAH DIA QARI MESIR IDOLA NONLEO

Alhamdulillah kita bertemu lagi di ruangan class mengaji. Kali ini ustazah hendak menceritakan Qari Arab yang bacaannya sungguh power!

Sekali pandang, wajahnya macam hero ustazah. Tetapi rupanya orang Arab. Dah tiga tahun ustazah mendengar bacaannya terutama sekali surah Al-Qosos.

Ustazah berkenalan dengannya pada tahun 2002. Suami yang hadiahkan cassette Qari Arab ini setelah pulang dari mengerjakan ibadah umrah. Sebelum ini ustazah banyak mendengar bacaan-bacaan Qari Arab yang lain termasuk Sheik Mustafa Ismail dan Sheik Rejab Syaaban. Akhirnya Sheik Syed Said jugalah yang menjadi idaman kalbu.

Setelah mendengar bacaannya buat pertama kali, dua kali....rasanya tidak begitu favourite sebab tak faham lagu yang dibawanya. Semasa hendak tidur pun ustazah mendengarkannya.

Pada suatu hari, seperti biasa sebelum tidur ustazah dengar lagi bacaan Qari idola, sampai termimpi-mimpi yang ustazah berada di stadium dan terdengar suara manusia sedang bersorak "Allah humma solli ala Muhammad !!!" banyak kali.

Semenjak peristiwa itu, ustazah cuba tiru bacaannya. Tetapi...nafas kurang oxygen. Qari idola ustazah kalau baca, bulu roma ternaik (sebab itu kalau ustazah tarik suara, anak murid suruh ulang...ulang...ulang lagi lah ustazah syioknya).

Tapi itulah kalau sedang seronok membaca, batuk, pening semua hilang. Hairannya pula, selepas sodaqollah hul azim badan terus lemah, batuk, pitam, semut-semut semua datang. Ada yang tak kena aje. Kadang-kadang fed up sendiri.

Apa sekali pun, ustazah akan cuba mengaji seperti beliau. Dah tiga tahun, mestilah ada persamaan. Anak murid kalau nak dengar bolehlah ustazah tunjukkan, dengan syarat hafal surah Al-Qosos dahulu OK!.

Wassalam.


Posted at 11:59 pm by nonleo
Make a comment  

Apr 28, 2005
KELAS MENGAJI - KUMPULAN YASIIN BERKUMPUL BUAT PERTAMA KALI UNTUK PERSIAPAN SABTU INI.

Diantara kandungan Al-Quran, maka surah Yasiin termasuk di antara yang paling tinggi darjatnya, jelas berkatnya dan terkenal keutamaannya. Diantaranya ialah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Setiap sesuatu mempunyai hati (jantung), dan hati Al-Quran adalah surah Yasiin."

Imam As-Sanusi dalam kitabnya Al-mujarrabat mengatakan bahawa diriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w. berkata kepada Ali bin Abi Talib r.a.

" Bacalah surah Yasiin, kerana didalamnya terdapat dua puluh berkat. Orang yang lapar, membacanya pasti kenyang. Orang yang haus, membacanya pasti merasa segar. Orang yang telanjang, membacanya pasti mendapat pakaian. Orang bujang, membacanya, pasti mendapat jodoh. Orang yang takut, membacanya pasti selamat. Orang sakit, membacanya pasti sembuh. Orang yang dipenjara, membacanya pasti dikeluarkan. Orang yang musafir, membacanya pasti dibantu dalam perjalananya. Orang yang ditimpa kesusahan, membacanya pasti dihilangkan kesusahannya.  Orang yang sesat, membacanya pasti mendapat petunjuk. Orang yang dicuri hartanya, membacanya pasti dikembalikan ketempatnya. Demikianlah keterangannya.

MasyaAllah! I love you Allah! Syukran ya Allah! sama sekali ustazah tidak menyangka anak murid yang baru empat bulan berkenalan, begitu berkobar-kobar dan bersungguh-sungguh membuat latihan untuk persembahan bacaan Yasiin ayat : 1 - 10

Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang tidak mengambil bahagian kerana ada rancangan lain (maklumlah cuti labour day). Sokongan padu anda sekalian, menyemarakkan lagi hafalan Yasiin mereka. Syabas untuk semua peserta!.



Posted at 01:12 am by nonleo
Make a comment  

Apr 27, 2005
KELAS MENGAJI - MARHA! MARHA! UNTUK KUMPULAN SELASA BERLIAN

Alhamdulillah...memang tidak di nafikan kumpulan Selasa Berlian ni memang hebat2 belaka. Mereka bukan sahaja cun-cun tapi otak bergeliga.

Ewah! Cik Juminah menjadi-jadi suara merdunya. Mak dara tu semua hilang selera makan bila Cik tarik suara. Seronok...tergila bayang dibuatnya kerana nak ikut suara macam Cik. Apa lagi bertambah-tambah lah juadah kat atas carpet Mekah Ustazah.

Jangan lupa! Eera, Shida, Mak Long Susz dan Kak Rahmah - homework awak sekalian dua page compare the rest satu page saja. Untuk Shida, lain kali duduk sebelah Cik Juminah OK. Buat baiklah selalu nanti Cik Juminah kasi tips macam mana nak merdukan suara.

Ustazah...jangan cakaplah. Kalau suara cik Juminah merdu, suara ustazah....10juta kali merdu. Sebabnya bila Ustazah baru baca satu ayat saja, anak murid dah suruh ulang..ulang.. ulang lagi lah utazah syiok nya..Betul tak semua!?

Surah Yasiin jangan lupa latih panjang pendek hurufnya. Sekali lagi ustazah pesan kalau salah diam, lepas tu continue lagi ikut ayat seterusnya. Boleh senyum tapi jangan nampak gigi. Hendak ketawa pun boleh tapi jangan keluarkan suara.

Lagi satu selepas sodaqollah hul azim, jangan tolak tolak pasal eee..malunya. Kalau nak tutup muka boleh pakai selendang panjang yang ustazah belikan, sebab itu ianya panjang.

Itulah sahaja. Assalamualaikum wr. wb.

Posted at 12:08 am by nonleo
Comments (4)  

Apr 22, 2005
KELAS MENGAJI - Syukran! syukran! banyaknya hidangan sempena menyambut maulidurrasul.

Syukran jazilan, thoam katsiran. Banyak betul makanan hari ini di kumpulan Yasin. Hjh Juminah Ahmad membawa makanan sampai dua plastik besar. Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Selepas selesai membaca Yasin, kita beramai-ramai selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. "Baiklah ada sesiapa nak beri ucapan, doa sempena birthday Nabi?. Baiklah kalau begitu ustazah teruskan dengan latihan hari ini."

Anak murid semua bangun dan berlatih membaca ayat Yasin 1 - 10. Well...dorang ni masih gabralah, macam mana ya persembahan nanti. Tapi apa sekalipun mereka very supporting.

Mereka-mereka yang dah confirmed 1. Hjh Hajairah 2. Hjh Cik Juminah 3. Hjh Kak Juminah 4. Kak Rosnani 5. Kak Zainab 6. Kak Zakiah 7. Kak Sarimah 8. Kak Habibah 9. Sarinah 10. Kak Hasna 11. Noridah 12.Sarinah 13. Nuraimah 14. Shida 15. Eera

Harap ambil perhatian kepada mereka yang involved. Latihan terakhir pada hari khamis depan. Jangan lupa bawa tudung! sebab member sepakat nak lilit tudung sefesyen. Entahlah fesyen apa dorang nak buat pun tak tahulah.

MasyaAllah! dah pukul 2.00 pagi. Salam sayang dari Ustazah untuk semua anak murid.

Posted at 03:30 am by nonleo
Comments (11)  

Apr 21, 2005
KELAS MENGAJI NONLEO - PENGUMUMAN MAULIDURRASUL 1426 HIJRAH


SYUKUR ALHAMDULILLAH

KERANA DIIZIN ALLAH

MENYAMBUT

MAULIDUR RASUL 1426 HIJRAH

HARI INI


Posted at 09:14 am by nonleo
Comments (4)  

Previous Page Next Page