Entry: KELAS MENGAJI - URUTAN PERISTIWA JULY/AUGUST 2005 Sep 5, 2005



Alhamdulillah dapat bertemu lagi diblog kesayangan anak murid Nonleo semua. Apa khabar....dah lama tak dengar berita terkini dari Nonleo. Secara ringkas Nonleo ceritakan apa yang telah berlaku.

Pertama : Nonleo cemburu setiap kali baca blog cinta diantara Bobooi dan Kuncup. Begitu juga dengan Cheeff tuduh sembarangan yang Nonleo asyik curi tengok dicelah tingkapnya untuk mengetahui resepi terbaru. Nonleo bukanlah pandai masak, kalau mee siam bolehlah!. Tidak lupa juga Masmerah tips macam mana nak langsingkan badan. Nonleo dah cuba...tetapi pasal kurangkan tidur tak boleh lah Mas. Ngantuk dibuatnya semasa mengajar. Ewah..ewah Kak Sab temujanji dengan blog lain tak offer Nonleo. Gambar background biasa nampak?

Kedua : Kelas Isnin Purnama bersepadu dengan kelas Selasa Berlian. Alahai...kesian Eera demam panas 40 degree sampai kena tahan oleh pihak hospital. Alhamdulillah Eera dah sembuh dan selamat berehat dirumah. Kepada Shida janganlah bersedih kerana adik tidak dapat kerja dan Shida terpaksa gantikan kerjanya. InsyaAllah kita jumpa minggu depan.

Ketiga : Tahniah Cik Juminah sudah mula bekerja. Rindu rasanya Nonleo hendak dengar suara cik yang merdu tu!. Ratu rock pula bagaimana? lama tak dengar berita! Hai....mana perginya Noridah Ariffin dan Rositah Ariffin? dah selesai ke tugas awak berdua di luar negeri. Jangan lupa balik nanti kita train lagu bayati dan hijaz. Musabaqah Tilawah Alquran akan diaadakan pada 25 September 2005, Ahad 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Keempat : Syabas kepada Aminah dari kelas Monday Blues dan Sarinah dari kelas Khamis petang kerana bakal dikurniakan anak. Untuk Sarina dan Asmah doa selamat Nonleo kirimkan kepada ayahanda Encik Ibrahim agar senantiasa sihat dan dirahmati Allah. Tidak ketinggalan cucuanda Hazrina dan Hazbiba.

Kelima : Jutaan terima kasih kepada Datin Sariah dan Datin Ummi Shariffah kerana hadir untuk meriahkan lagi majlis Tahlil untuk wanita yang pertama kali diadakan oleh Nonleo pada 26th August 2005, Jumaat jam 8.00 malam. Dan yang paling menyerlah lagi sokongan kuat dari Syakila dari kelas Khamis petang kerana memberi ucapan doa sebelum membaca Al-quran dalam bahasa melayu. Penyampaian yang menusuk kalbu.

Keenam : MasyaAllah!! Kelas mengaji kanak2 dan remaja begitu suppoting semasa berlatih membaca tahlil. Mereka berlumba-lumba membaca selama 1 jam tanpa berhenti bermula Al-fateha - 3 Qul - Alif Lam Mim - Ayat kursi - Amanah rasul - surah Yasin (ayat 1-83).

Ketujuh : Akhir sekali tidak ketinggalan kepada Cikgu Noraini Sadauna, Cikgu Ramlah Hassan dan Cikgu Cahaya Nirmala Ahmad 'Happy Teachers Day'

Kelapan : Syukur Alhamdulillah kepada Hjh Sri Sumantri, Hjh Arsanah dan Kak Kalsom kerana meneruskan pengajian walaupun sibuk menyambut kelahiran orang baru iaitu cucuanda kalian!

Kesembilan : Tahlil seterusnya pada 30 September 2005, Jumaat jam 8.00 malam. Mereka yang berkerja boleh ambil cuti supaya dapat hadir dan menambahkan kemeriahan majlis kali ini.

Kesepuluh : Kali ini sesia pa yang ingin membawa juadah dipersilakan. Jangan lupa Kak Ruhani dan Hjh Hajairah - 'Beryani Daging Unta Power Punya'. Shamsiah dan Asmah -'Salmon Fish Burger'. Narimah dan Rafidah - 'Yong Tau Fu'. Mazaliah, Waheeda dan Rafidah - Rojak Mamak'(jangan tak jadi). Kak Kamariah dan anaknya Wahida 'Roti croissant inti satay ayam'. Air pula.... kak Sarimah dan kak Khairani 'Root Beer / Ginger Beer' dan air kopi Mas Merah cap 434 ok!.

Eh..eh..eh......tiba-tiba Nonleo tersampuk nak makan makanan diatas. Minta maaflah semua! yang penting kita dapat terus beramal dan bersedekah kepada arwah-arwah yang kita sayangi.

Wassalam.

   4 comments

Nonleo
September 22, 2005   06:09 PM PDT
 
Syukran kak Aisyah kerana suka dgn Al-Quran. Nonleo perhatikan bacaan kak Aisyah pun dah banyak berubah. Tajwid baik, beralun pulak tu! Alhamdulillah....
Kak Aishah
September 22, 2005   05:43 PM PDT
 
saya amat bersyukur dapat mengikuti kelas mengaji al-quran di
bawah bimbingan Ustazah Nonleo.
Banyak perbezaan yang saya perolehi sepanjang pengajian saya di sini. Inyaallah, saya akan terus memperbaiki bacaan saya di masa
hadapan.
nonleo
September 8, 2005   01:46 AM PDT
 
Alhamdulillah Eera dah kembali bertugas. Sunyi rasanya blog ni kalau Eera sakit. Minggu depan Nonleo SMS yang lain termasuk 3 org baru dari Isnin Purnama supaya dapat hadir. Eera....nak makan apa sayang...???
Jangan lupa bawa buku Tahlil Yasin ke kelas akan dtg!
eera
September 6, 2005   02:50 PM PDT
 
assalamualaikum..ustazah saya da kembali bertugas..kini giliran kakak saya bercuti..kesian dia penat sgt..alhamdulilah saya da sembuh da tak demam tapi ulcer nie je ler tak hilang2..kiri baik kanan puler kena..tapi duk kat uma belajar jugak..tapi enta betul ke tidak.insya allah kita jumpa nxt week.rindu kat kwn2 dan nonleo..nanti saya dtg masak best2 eh..nampk lauk yang disebut sungguh berselera..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments