|
ASSALAMUALAIKUM Kepada semua pelajar Nonleo
Harap maklum bahawa tiada kelas mengaji pada hari Jumaat 30hb September 2005. Ustazah akan mengadakan Majlis Tahlil / Menyambut Ramadan pada hari tersebut bermula jam 8.00 malam. Semua pelajar harap hadir supaya majlis kali ini bertambah meriah dan barakah. Kepada mereka yang ingin memberi ucapan dari firman Allah, hadis nabi atau kata-kata hikmah harap isikan borang yang disediakan. Tidak ketinggalan nama dua orang arwah yang kita sayangi untuk disedekahkan. Kami juga mengalu-alukan juadah dan minuman yang lazat-lazat dan menyelerakan sehingga "Mak mertua lalu dihadapan pun tidak sedar". Untuk pengetahuan semua kelas mengaji akan terus beroperasi sepanjang bulan puasa. Cuti Hari Raya bermula 01 hingga 20 November 2005 (tiga minggu cukuplah!). Kelas mengaji akan dibuka semula pada 21 November 2005. Sempena bulan Syaaban yang mulia ini, ustazah ingin mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya ada kesalahan dan kesilapan semasa mengajar. Jutaan terima kasih kepada semua kerana masih bersama ustazah hingga kini. Maklum balas dari anda semua amatlah dihargai. Wassalam Ustazah Nonleo ----------------------------------------------------------------------------------------- BORANG PENYERTAAN Nama Pelajar :___________________________________________________ Kelas:__________________________________________________________ Tel no: _________________________________________________________ Alamat: ________________________________________________________ E-mail__________________________________________________________ Ucapan:________________________________________________________ _______________________________________________________________ Nama Almarhumah : _____________________________________________ Nama Almarhum : _______________________________________________ Sumbangan ikhlas : ______________________________________________ (juadah / minuman) Sila ambil perhatian! semua borang hendaklah dipulangkan selewat-lewatnya pada 24th September 2005 tidak kira yang hadir atau tidak. Harap tulis dengan terang. |
| Leave a Comment: |