Entry: KELAS MENGAJI NONLEO - SYUKRAN JAZILAN MAJLIS BERJALAN DENGAN BAIK Oct 2, 2005



ASSALAMUALAIKUM WR WB. Bertemu kita sekali lagi di ruangan ingin tahu dan ambil tahu. Apakhabar ibu-ibu dan anak-anak semua?

Serba ringkas sorotan majlis Yasin dan tahlil pada Jumaat lalu sangat baik. Syukur Alhamdulillah.......Walaupun pertama kali diadakan, nampaknya mereka seronok terutama sekali pengacara pada malam itu Puan Salina Mohd Hassan (langsung tak makan nasi ambeng).

Ucapan ribuan terima kasih sekali lagi atas sokongan semua. Tiada perkataan selain dari 'SEGALA PUJIAN UNTUK ALLAH'.

Sekali lagi selamat menyambut Ramadan Rabu ini 5/10/2005 dan yang berpuasa jangan lupa baca Qur'an walaupun lima minit sehari.

Wassalam.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments